Demokrasi langsung
72 bahasa
Peralatan
Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Landsgemeinde
, "himpunan
kantonal", di kanton Glarus pada 7
Mei 2006,
.
Landsgemeinden
ialah perhimpunan
pengundian awam dan merupakan
salah satu contoh tertua demokrasi
langsung.
Demokrasi langsung
atau
demokrasi tulen
merupakan sebuah bentuk
mana
para
membuat keputusan serta mengundi mengenai dasar-dasar
tanpa
menggunakan seorang wakil rakyat sebagai proksi. Sistem tersebut berbeza dengan
majoriti besar badan-badan berdemokrasi yang ditubuhkan pada zaman modern, iaitu
. Teori dan amalan demokrasi langsung dan penyertaan dalamnya
merupakan teras kerja pelbagai ahli teori, ahli falsafah, ahli politik, dan
pengkritik sosial. Antara mereka yang ternama dan penting ialah
,
, dan GDH Cole .
Gambaran keseluruhan
[
]
Dalam sistem demokrasi langsung, rakyat akan memutuskan dasar tanpa wakil atau perantara, manakala dalam
rakyat akan melantik seorang wakil melalui pengundian yang kemudiannya akan menggubal inisiatif dasar.
Berdasarkan pada sistem tertentu yang dilaksanakan, demokrasi langsung mungkin akan melibatkan meluluskan keputusan
eksekutif, penggunaan sistem asihan, merangka undang-undang, melantik atau memcat pegawai kerajaan secara langsung,
dan menjalankan perbicaraan mahkamah. Dua bentuk demokrasi langsung yang paling prominen ialah demokrasi penyertaan
dan demokrasi deliberatif.
Demokrasi separa-langsung, di mana wakil rakyat akan mentadbir urus tadbir harian tetapi rakyat biasa tetap mempunyai
keputusan terakhir, membenarkan tiga bentuk sistem tindakan rakyat:
(plebisit),
, dan
penarikan balik . Sistem referendum dan inisiatif—merupakan contoh perundangan langsung.
Setakat tahun 2019, 30
buah negara telah membenarkan orang awam untuk menaikkan isu dan mengadakan referendum peringkat nasional secara
langsung.
Referendum wajib
menaklukkan dan mengikat undang-undang dan legislasi yang digubal oleh para elit politik kepada
undi popular. Ini merupakan bentuk perundangan langsung yang paling kerap di negara-negara seluruh dunia.
Referendum popular
memberi kuasa kepada rakyat dan orang awam untuk membuat petisyen bagi mengubah atau mengundi
atas undang-undang negara yang sedia ada. Institusi nasional akan menentukan tempoh masa di mana petisyen tersebut
adalah sah dan dibenarkan mengumpul tandatangan, berserta jumlah tandatangan yang diperlukan. Institusi tersebut juga
boleh mewajibkan tandatangan dari komuniti minoriti dan komuniti berpelbagai untuk melindungi kepentingan rakyat
minoriti.
Sistem demokrasi langsung cara ini sangat berkesan dalam hal memberikan orang awam kuasa undian
terhadap undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan yang dilantik, seperti di
.
Referendum yang dimulakan oleh rakyat
(juga dikenali sebagai sebuah
) memberi kuasa kepada rakyat dan
orang awam untuk mencadangkan langkah berkanun atau pembaharuan perlembagaan kepada kerajaan melalui petisyen.
Petisyen tersebut mungkin mengikat atau menjadi sekadar nasihat.
mungkin boleh dijalankan secara langsung
atau tidak langsun: dengan inisiatif langsung, petisyen yang lulus akan terus diundikan secara langsung oleh rakyat dan
orang awam (sepertimana yang dilaksanakan di California). Dengan inisiatif yang tidak langsung, petisyen yang lulus
akan dibentangkan dahulu kepada badan perundangan untuk ditimbangkan; namun jika tiada tindakan sah diambil oleh badan
perundangan, petisyen tersebut akan bergerak kepada undian popular oleh rakyat dan orang awam. Pindaan perlembagaan di
Switzerland, Liechtenstein, dan Uruguay, perlu melalui inisiatif-tidak-langsung sedemikian untuk diluluskan.
Referendum bermusyawarah
merupakan referendum yang meningkatkan pertimbangan awam melalui reka bentuk institusi
bertujuan.
Kuasa panggilan semula memberi orang awam kuasa untuk memecat pegawai dilantik daripada jawatannya sebelum tamat
tempoh jawatan mereka yang ditetapkan.
Sejarah
[
]
Zaman purba
[
]
Satu landasan pemikiran menggambarkan demokrasi langsung sebagai perkara biasa dan meluas dalam masyarakat dan
tamadun pra-negara.
Demokrasi langsung paling awal yang didokumentasikan secara mendalam ialah demokrasi Athens pada abad ke-5 SM.
Terdapat dua badan utama demokrasi di Athens purba, iaitu badan perhimpunan yang terdiri daripada warganegara lelaki;
badan boulê, yang terdiri daripada 500 warganegara; dan badan mahkamah undang-undang yang terdiri daripada sebilangan
besar juri yang dipilih secara undian dan tidak mempunyai hakim. Pentadbiran
Purba hanya mempunyai kira-kira
30,000 warganegara lelaki, tetapi beberapa ribu daripada mereka aktif berpolitik pada setiap tahun dan kebanyakkan
mereka aktif lerbih daripada setahun. Demokrasi di Athens adalah
langsung
bukan sahaja dalam erti kata bahawa rakyat
yang berhimpun membuat keputusan, tetapi juga dalam erti kata bahawa rakyat - melalui perhimpunan, boulê, dan mahkamah
undang-undang - mengawal keseluruhan proses politik dan pentadbiran, dan keseluruhan rakyat terlibat dalam secara
langusung dalam urusan awam.
Kebanyakan demokrasi moden mempunyai sistem perwakilan, yang menyebabkan mereka
tidak sama seperti sistem demokrasi langsung Athens.
Sejarah
, khususnya semasa
, yang diasaskan sekitar 509 BC juga relevan kepada sejarah demokrasi
langsung.
Rom Purba mempamerkan banyak aspek demokrasi, langsung mahupun tidak langsung, dari era
sehinggalah kejatuhan
. Walaupun senat Rom merupakan badan utama pentadbiran untuk kebanyakan
sejarahnya, dengan bertahan dari kerajaan Rom sehingga selepas kejatuhan
pada 476 AD, ia tidak
menjiwai semangat demokratik kerana majoriti senat tersbut terdiri - semasa republik lewat - daripada bekas pegawai
yang pernah dilantik
dan mereka lebih memainkan peranan sebagai penasihat diraja maharaja Rom daripada mencipta
undang-undang baharu.
Perlembagaan Rom mempamerkan aspek-aspek demokrasi dalam bentuk perhimpunan popular Rom, di
mana orang awam disusun ke dalam
centuriae
atau ke dalam suku - bergantung kepada perhimpunan - dan mengundi dalam
pelbagai perkara, termasuk pilihan raya dan undang-undang, yang dicadangkan di hadapan mereka oleh pembesar yang
dilantik mereka.
Beberapa ahli klasik berpendapat bahawa republik Rom layak diberi label "demokrasi", dengan hak
mengundi sejagat untuk warganegara lelaki dewasa, kedaulatan rakyat, dan pentadbiran hal ehwal awam yang telus.
Ramai ahli sejarah menandakan berakhirnya Republik Rom dengan undang-undang
lex Titia
, yang diluluskan pada 27
November 43 SM, yang menghapuskan kebanyakan peruntukan pengawasan.
Zaman moden
[
]
Perangkaan undang-undang oleh rakyat dalam zaman moden dilaksanakan di kanton-kanton
dari abad ke-13.
Pada tahun 1847 kerajaan Swiss menambah "referendum statut" kepada perlembagaan negara mereka. Tidak lama kemudian,
mereka mendapati bahawa mempunyai kuasa untuk memveto undang-undang Parlimen sahaja tidak mencukupi. Pada tahun 1891
mereka menambah "inisiatif pindaan perlembagaan". Sejak 1891, politik Switzerland telah memberikan dunia sebuah asas
yang berharga dengan inisiatif pindaan perlembagaan peringkat kebangsaan.
Selama 120 tahun yang lalu, lebih
daripada 240 inisiatif telah dimasukkan dijadikan referendum nasional. Kebanyakan inisiatif popular mereka
dibincangkan dan diluluskan oleh Parlimen sebelum dijadikan referendum awam. Bagi baki inisiatif yang dijadikan
referendum, hanya lebih kurang 10% diluluskan oleh pengundi; di samping itu, pengundi sering memilih versi inisiatif
yang dirangka semula oleh kerajaan. (Lihat
di bawah.)
Beberapa isu berkaitan tanggapan demokrasi langsung yang menggunakan
dan teknologi komunikasi lain
dibincangkan dalam artikel mengenai
serta bawah tajuk
dalam artikel
ini. Secara lebih ringkas, konsep tadbir urus sumber terbuka mengaplikasikan prinsip pergerakan perisian bebas
terhadap urus tadbir rakyat membenarkan keseluruhan penduduk negara mengambil bahagian dalam kerajaan secara langsung,
seberapa banyak atau sedikit yang mereka suka.
Contoh-contoh
[
]
Athens purba
[
]
Demokrasi Athens berkembang di
, yang terdiri daripada kota Athens dan wilayah
sekitar
600 SM. Athens merupakan salah satu negara berdemokrasi pertama yang diketahui . Bandar-bandar Yunani lain juga telah
menubuhkan demokrasi mereka sendiri, dan walaupun kebanyakan mereka mengikuti model Athens, tidak ada yang begitu
berkuasa, stabil, atau terdokumentasi dengan baik seperti demokrasi di Athens. Dalam demokrasi langsung Athens, rakyat
tidak mencalonkan wakil rakyat untuk mengundi atas hal-hal perundangan dan rang undang-undang eksekutif bagi pihak
mereka (seperti di Amerika Syarikat) namun sebaliknya mereka mengundi sebagai individu.
pengundi sering
dipengaruhi oleh sindiran politik penyair komik di pawagam .
Solon (594 SM), Cleisthenes (508–507 SM), dan Ephialtes (462 SM) semuanya menyumbang kepada perkembangan sistem
demokrasi Athens purba. Sejarawan kontemporari berpendapat berbeza tentang siapa di antara mereka yang
bertanggungjawab ke atas institusi mana, dan yang siapa antara mereka yang paling tepat mewakili gerakan demokrasi
yang sebenar. Demokrasi Athens biasa ditarikhkan kepada zaman pentadbiran Cleisthenes kerana perlembagaan Solon
ditumbangkan dan digantikan dengan kezaliman Peisistratus, manakala Ephialtes telah memodifikasikan perlembagaan
Cleisthenes dengan aman. Hipparchus, abang kepada Hippias yang zalim, telah dibunuh oleh Harmodius dan Aristogeiton,
yang kemudiannya diberi penghormatan oleh orang Athens atas dakwaan mereka memulihkan kebebasan Athens.
Pemimpin demokratik yang paling hebat dan paling lama bertahan di Athens purba ialah
; selepas kematiannya,
demokrasi Athens diganggu untuk seketika sebanyak dua kali oleh revolusi oligarki menjelang akhir Perang Peloponnesia
. Demokrasi di Athens telah diubah suai selepas ia dipulihkan di bawah Eucleides. Ia telah ditindas oleh
pada 322 SM. Institusi Athens kemudiannya dihidupkan semula, tetapi sejauh mana pemulihan demokrasi tersebut
merupakan sebuah demokrasi sebenar boleh dipertikaikan.
Ahli sosiologi
percaya bahawa setiap
akan bergerak ke arah Caesarist . Profesor undang-
undang Gerhard Casper menulis, "Weber menggunakan istilah itu untuk menekankan, inter alia, sifat plebiscitari dalam
pilihan raya, penghinaan terhadap parlimen, tidak bertolak ansur dengan kuasa autonomi dalam kerajaan dan kegagalan
untuk mendengarkan hasil pemikiran politik bebas."
Liechtenstein
[
]
Walaupun Liechtenstein merupakan sebuah monarki, demokrasi langsung dianggap sebagai elemen yang terpahat dalam
politik Liechtensteiner.
Switzerland
[
]
Di Switzerland, tanpa perlu
mendaftar, setiap warganegara
menerima
dan risalah
maklumat untuk setiap undian dan
pilihan raya serta boleh
mengembalikannya melalui pos.
Switzerland mempunyai pelbagai
instrumen demokrasi secara
langsung; undian dianjurkan kira-
kira empat kali setahun. Di sini,
kertas yang diterima oleh setiap
warga
pada November 2008
kira-kira lima nasional, dua
cantonal, empat referendum
perbandaran, dan dua pilihan raya
(kerajaan dan parlimen Kota Berne)
daripada 23 parti yang bersaing
untuk menjaga pada masa yang sama.
Demokrasi langsung yang tulen kini hanya wujud di
Appenzell Innerrhoden dan Glarus .
merupakan demokrasi
separa langsung (demokrasi perwakilan dengan instrumen demokrasi langsung yang
kuat).
Sifat demokrasi langsung di Switzerland secara asasnya dilengkapi dengan
struktur kerajaan persekutuannya (dalam
juga dipanggil
).
Kebanyakan negara barat mempunyai sistem demokrasi perwakilan.
merupakan contoh negara yang mempunyai instrumen demokrasi langsung (di peringkat
majlis perbandaran,
dan negara persekutuan ). Rakyat mempunyai kuasa yang
lebih baynak ebrbanding dengan demokrasi perwakilan. Di mana-mana peringkat
politik, rakyat boleh mencadangkan perubahan kepada perlembagaan ( inisiatif
popular ), atau meminta referendum pilihan diadakan untuk mana-mana undang-undang
yang diundi oleh parlimen persekutuan,
dan/atau badan perundangan
perbandaran .
Senarai untuk referendum mandatori atau pilihan pada setiap peringkat politik
biasanya lebih panjang di Switzerland berbanding di mana-mana negara lain; sebagai
contoh, sebarang pindaan kepada perlembagaan secara automatik jharus diundi oleh
elektorat dan kanton Switzerland, pada peringkat kantonal/komunal selalunya
sebarang keputusan kewangan dengan jumlah besar tertentu yang ditetapkan oleh badan
perundangan dan/atau eksekutif juga.
Warganegara Switzerland sering mengundi atas apa-apa jenis isu pada setiap peringkat
politik, seperti kelulusan kewangan bangunan sekolah atau pembinaan jalan baharu,
atau perubahan dasar berkenaan kerja seksual, atau mengenai perubahan perlembagaan, atau mengenai dasar luar negara
negara Switzerland sebanyak empat kali setahun.
Antara Januari 1995 dan Jun 2005, warga Switzerland mengundi
sebanyak 31 kali, pada 103 soalan persekutuan selain banyak lagi soalan kantonal dan perbandaran.
Dalam tempoh
yang sama, rakyat Perancis mengambil bahagian dalam hanya dua referendum.
Di
, majoriti mudah pun sudah mencukupi bagi meluluskan referendum pada peringkat perbandaran dan
,
namun pada peringkat persekutuan majoriti berganda diperlukan dalam isu-isu perlembagaan.
Majoriti berganda memerlukan kelulusan majoriti individu yang mengundi, dan juga oleh majoriti kanton. Oleh itu, di
Switzerland, pindaan yang dicadangkan warganegara kepada perlembagaan persekutuan (iaitu inisiatif popular ) tidak
boleh diluluskan di peringkat persekutuan jika majoriti rakyat meluluskannya tetapi majoriti kanton tidak bersetuju.
Untuk referendum atau cadangan secara umum (seperti prinsip semakan umum Perlembagaan), majoriti pengundian
tersebut adalah cukup memadai (Perlembagaan Switzerland, 2005).
Pada tahun 1890, apabila peruntukan untuk penggubalan undang-undang oleh warganegara Switzerland sedang dibahaskan oleh
pertubuhan sivil dan kerajaan, Swiss menerima pakai idea majoriti berganda daripada
, di mana
undian Dewan untuk mewakili rakyat dan undian Senat adalah untuk mewakili
.
Menurut penyokongnya,
pendekatan tersebut yang "kaya legitimasi" terhadap penggubalan undang-undang warga negara ini sangat berjaya. Kris
Kobach, bekas pegawai dilantik di Kansas, mendakwa bahawa Switzerland berjaya dari segi sosial dan ekonomi lebih dari
negara-negara lain. Kobach menyatakan di penghujung bukunya, "Terlalu kerap, pemerhati menganggap Switzerland suatu
keanehan di kalangan sistem politik. Adalah lebih sesuai untuk menganggapnya sebagai perintis." Akhirnya, sistem
politik Switzerland, termasuk sistem demokrasi langsungnya dalam konteks tadbir urus pelbagai peringkat, menjadi
semakin menarik bagi sarjana integrasi
.
Amerika Syarikat
[
]
Di kawasan
di Amerika Syarikat, bandar-bandar di negeri seperti
memutuskan hal ehwal tempatan
melalui proses demokrasi langsung menggunakan mesyuarat bandar .
Ini merupakan sebuah bentuk demokrasi langsung
tertua di Amerika Syarikat, dan mendahului penubuhan negara sekurang-kurangnya satu abad.
Demokrasi langsung bukanlah apa yang dibayangkan oleh penggubal
untuk negara mereka.
Mereka menganggap terdapat bahaya dalam kezaliman majoriti . Akibatnya, mereka memilih untuk implementasikan
dalam bentuk republik berperlembagaan daripada demokrasi langsung. Sebagai contoh,
,
dalam Federalist No. 10, menyokong republik berperlembagaan daripada demokrasi langsung untuk melindungi individu
daripada kehendak majoriti. Beliau berkata,
Bagi mereka yang memegang harta tanah atau sebaliknya, tanpa pernah mempunyai kepentingan sendiri dalam
masyarakat. Bagi mereka yang merupakan penghutang mahupun pemiutang, bersama mengahadap diskriminasi yang
sama. Kepentingan tanah, kepentingan pembuatan, kepentingan dagangan, kepentingan harta, dengan banyak
lagi kepetingan lain yang kecil, membesar akibat keperluan negara yang bertamadun, diasingkan mengikut
kasta dan kelas, didorong oleh sentimen dan pandangan yang berbeza. Pengawalan kepentingan yang berbeza
dan bercanggah ini merupakan tugas utama badan legislatif moden dan melibatkan mahupun memerlukan sifat
semangat berpuak dalam operasi harian sebuah kerajaan.
[...]
Sebuah demokrasi yang tulen, yang saya maksudkan adalah sebuah masyarakat yang terdiri daripada
sekelompok warganegara yang kecik, yang berkumpul dan mentadbir kerajaan, tidak layak memberi penawar
bagi penyakit sifat berpuak. Sebuah semangat ata u kepentingan bersama akan dirasakan oleh sebuah
majoriti, dan tiada apa pun yang boleh mengawal pengorbanan yang dipaksakan terhadap pihak minoriti yang
lemah. Dan begitulah, sistem demokrasi tidak serasi dengan keselamatan peribadi dan hak hartanah; dan
biasa, secara umunya, mempunyai jangka hayat yang pendek serta huru-hara dan ekstrim dalam
kematiannya.
John Witherspoon, salah seorang penandatangan
Amerika Syarikat, berkata: "Demokrasi tulen tidak
boleh bertahan lama atau dibawa jauh dalam jabatan-jabatan negara. – ia sangat tertakluk kepada keterlaluan dan
kegilaan kemarahan popular rakyat."
berkata, "Bahawa demokrasi tulen, jika ia boleh dilaksanakan,
akan membawa kepada kerajaan yang paling sempurna. Pengalaman telah membuktikan bahawa tiada pendirian yang lebih
palsu daripada ini. Demokrasi purba yang dibincangkan oleh rakyat sendiri tidak pernah memiliki satu ciri kerajaan
yang baik. Watak mereka adalah kezaliman; bentuk mereka, kecacatan."
Walaupun niat penggubal untuk mengurangkan kegunaanya semasa republik awal, langkah undi dan referendum yang sepadan
telah digunakan secara meluas di peringkat negeri dan sub-negeri Amerika. Terdapat banyak
negeri dan
persekutuan, dari awal 1900-an hingga 1990-an, yang melindungi hak rakyat untuk setiap komponen tadbir urus demokrasi
langsung ini (Magleby, 1984, dan Zimmerman, 1999). Keputusan
yang pertama memihak
kepada penggubalan undang-undang oleh warganegara adalah dalam
Syarikat Telefon dan Telegraf Negara Pasifik v.
Oregon
,
223 US 118 pada tahun 1912 (Zimmerman, Disember 1999).
, dalam ucapan "Piagam Demokrasi"-
nya di hadapan konvensyen perlembagaan
1912, menyatakan: "Saya percaya pada Inisiatif dan Referendum, yang
sepatutnya digunakan bukan untuk memusnahkan kerajaan perwakilan, tetapi untuk membetulkannya apabila ia salah."
Di pelbagai negeri, referendum di mana rakyat memerintah termasuk:
Rujukan
oleh badan perundangan kepada rakyat tentang "pindaan perlembagaan yang dicadangkan" (digunakan secara
perlembagaan di 49 negeri kecuali
sahaja – Institut Inisiatif & Referendum, 2004).
Rujukan
oleh badan perundangan kepada rakyat tentang "undang-undang statut yang dicadangkan" (digunakan secara
perlembagaan di semua 50 negeri – Institut Inisiatif & Referendum, 2004).
Inisiatif pindaan perlembagaan
ialah proses petisyen yang ditakrifkan dalam perlembagaan bagi "undang-undang
perlembagaan yang dicadangkan", yang, jika berjaya, menyebabkan peruntukannya ditulis terus ke dalam perlembagaan
negeri. Memandangkan undang-undang perlembagaan tidak boleh diubah oleh badan perundangan negeri, komponen
demokrasi langsung ini memberikan rakyat keunggulan dan kedaulatan secara automati, iaitu melebihi kerajaan
perwakilan (Magelby, 1984). Ia digunakan di peringkat negeri di 19 negeri iaitu:
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
dan
(Cronin, 1989). Di antara negeri-negeri ini, terdapat tiga
jenis utama inisiatif pindaan perlembagaan, dengan tahap penglibatan badan perundangan negeri yang berbeza
(Zimmerman, Disember 1999).
Inisiatif undang-undang statut
ialah proses petisyen yang ditakrifkan dalam perlembagaan, dimulakan oleh
warganegara bagi "undang-undang statut yang dicadangkan", yang, jika berjaya, mengakibatkan undang-undang ditulis
terus ke dalam statut negeri. Inisiatif statut digunakan di peringkat negeri di 21 negeri:
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
dan
(Cronin, 1989). Di
, tidak ada
peruntukan perlembagaan untuk penggubalan undang-undang oleh warganegara. Semua undang-undang I&R Utah adalah dalam
statut negeri (Zimmerman, Disember 1999). Di kebanyakan negeri, tiada perlindungan khas untuk statut buatan rakyat;
badan perundangan boleh mula memindanya dengan segera.
Referendum undang-undang statut
ialah proses petisyen yang ditakrifkan dalam perlembagaan dan dimulakan oleh
warganegara bagi "cadangan veto bagi semua atau sebahagian daripada undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan", yang, jika berjaya, memansuhkan undang-undang tersebut. Ia digunakan di peringkat negeri di 24 negeri:
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
dan
(Cronin, 1989).
Pilihan raya panggil balik
adalah proses yang dimulakan oleh rakyat yang, jika berjaya, memecat pegawai yang
dilantik daripada jawatannya lalu terus digantikan. Sistem penarikan balik pertama di Amerika Syarikat telah
diterima pakai di
pada tahun 1903. Lazimnya, proses itu melibatkan pengumpulan petisyen rakyat untuk
memanggil balik pegawai yang dilantik; jika bilangan tandatangan sah yang mencukupi dikumpulkan dan disahkan,
pemilihan panggil balik akan dicetuskan. Terdapat empat pilihan raya panggil balik gabenor dalam sejarah AS (dua
daripadanya menyebabkan penarikan balik gabenor) dan 38 pilihan raya panggil balik bagi penggubal undang-undang
negeri (55% daripadanya berjaya). 19 negeri dan
mempunyai fungsi panggil balik untuk pegawai
negeri. Negeri tambahan mempunyai fungsi panggil balik untuk bidang kuasa tempatan. Sesetengah negeri memerlukan
alasan khusus untuk kempen petisyen panggil balik.
Pengesahan undang-undang statut
tersedia di Nevada. Ia membolehkan pengundi mengumpul tandatangan untuk depankan
undi soalan yang meminta rakyat negeri mengesahkan undang-undang negeri tetap. Sekiranya undang-undang itu disahkan
oleh majoriti rakyat negeri, badan perundangan negeri akan dihalang daripada meminda undang-undang, dan ia boleh
dipinda atau dimansuhkan hanya jika diluluskan oleh majoriti rakyat negeri dalam undian langsung.
Demokrasi langsung mengikut negara
[
]
Kekuatan demokrasi langsung di negara individu boleh dibandingkan secara kuantitatif oleh komponen indeks undi popular
langsung yang dimulakan warganegara melalui indeks Demokrasi V-Dem .
Indeks yang lebih tinggi menunjukkan lebih
banyak inisiatif dan referendum popular demokrasi langsung, ditunjukkan di bawah bagi beberapanegara individu. Hanya
negara dengan indeks melebihi 0 ditunjukkan.
Negara
Komponen indeks undi popular langsung yang dimulakan warganegara dalam 2021
</img>
0.077
</img>
0.078
</img>
0.292
</img>
0.072
</img>
0.041
</img>
0.087
</img>
0.262
</img>
0.073
</img>
0.054
</img>
0.242
</img>
0.409
</img>
0.032
</img>
0.042
</img>
0.033
</img>
0.155
</img>
0.191
</img>
0.038
</img>
0.374
</img>
0.091
</img>
0.033
</img>
0.048
</img>
0.178
</img>
0.133
</img>
0.249
</img>
0.094
</img>
0.416
</img>
0.099
</img>
0.334
</img>
0.444
</img>
0.841
</img>
0.445
</img>
0.037
</img>
0.048
</img>
0.048
</img>
0.766
Trilemma reformasi demokratik
[
]
Ahli teori demokrasi telah mengenal pasti sebuah trilema yang wujud akibat kehadiran tiga ciri yang penting bagi
sistem demokrasi langsung yang ideal, yang mencabar kebolehan sistem demokrasi langsung untuk menyampaikan ketiga-
tiganya sekali. Ciri-ciri tersebut ialah
penyertaan
– penyertaan meluas dalam proses membuat keputusan oleh orang yang
terjejas;
musyawarah
– perbincangan rasional di mana semua pandangan utama ditimbang mengikut bukti; dan
kesaksamaan
–
semua ahli penduduk yang membuat keputusan bagi pihak mereka mempunyai peluang yang sama untuk mengambil kira
pandangan mereka.
daripada berpuluh-puluh kajian menunjukkan perbincangan membawa kepada membuat
keputusan yang lebih baik.
Bentuk penyertaan langsung popular yang paling popular dipertikaikan merupakan
referendum mengenai hal-hal perlembagaan.
Untuk memastikan sistem ini menghormati prinsip kesaksamaan politik, sama ada
semua orang
(iaitu rakyat kawasan atau
negara tersebut) perlu terlibat ataupun wakil sampel yang dipilih secara rawak dari penduduk yang terpilih untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan. Dalam definisi yang digunakan oleh sarjana seperti James Fishkin, demokrasi
bermusyawarah merupakan satu bentuk demokrasi langsung yang memenuhi keperluan bermusyawarah dan kesamarataan tetapi
tidak membuat peruntukan untuk melibatkan semua orang yang ingin disertakan dalam perbincangan. Demokrasi penyertaan,
mengikut definisi Fishkin, membenarkan penyertaan dan pertimbangan yang inklusif, namun mengorbankan kesaksamaan,
kerana jika penyertaan meluas dibenarkan, sumber yang mencukupi jarang tersedia untuk memberi pampasan kepada orang
yang mengorbankan masa mereka untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Oleh itu, peserta cenderung kepada mereka
yang mempunyai minat yang kuat dalam isu itu untuk diputuskan dan selalunya tidak akan mewakili keseluruhan populasi.
Fishkin sebaliknya berpendapat bahawa persampelan rawak harus digunakan untuk memilih sebilangan kecil orang
daripada orang awam dan pada masa yang sama masih tetap mewakili pendapat orang awam.
Fishkin mengakui ia berkumingkinan untuk membayangkan sebuah sistem demokrasi yang melangkaui trilema tersebut, namun
ia memerlukan pembaharuan yang sangat radikal jika sistem sedemikian ingin dimasukkan ke dalam sistem politik
terkini.
Kaitan dengan pergerakan lain
[
]
Mengamalkan demokrasi langsung
– mengundi di Nuit Debout, Place
de la République, Paris
Di sekolah
[
]
Sekolah demokratik yang dimodelkan berdasarkan Summerhill School menyelesaikan
konflik dan membuat keputusan polisi sekolah melalui mesyuarat sekolah penuh di
mana undian pelajar dan undian kakitangan ditimbang secara sama rata.
Lihat juga
[
]
Anarko-komunisme
Perhimpunan rakyat
Demokrasi musyawarah
Sosialisme Libertarian
Demokrasi cair
Demokrasi partisipatif
Ekonomi penyertaan
Sosiookrasi
Pengisihan
majlis pekerja
Rujukan
[
]
Caves, R. W. (2004).
Encyclopedia of the City
. Routledge. m/s. 181.
Budge, Ian (2001).
.
Dalam Clarke, Paul A.B.; Foweraker, Joe (penyunting).
Encyclopedia of Political
Thought
. Taylor & Francis.
.
^
Smith, Graham (2009).
. Cambridge: Cambridge University Press. m/s.
.
^
.
^
.
^
.
^
.
^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "FishkinCh2&3" digunakan secara berulang
dengan kandungan yang berbeza
Cherkaoui, Mohamed (29 October 2019). "Islam and Democracy: Comparative Analysis of Individual and Collective Preferences".
. Youth in a Globalizing World - Volume 10. Leiden:
Brill (diterbitkan 2019). m/s. 201.
. Dicapai pada
27 June
2021
.
[...] individuals, Muslims and non-Muslims,
Greeks, Arabs, Berbers, Africans and Amerindians, have lived according to the principles of a type of direct democracy in their
societies. [...] In the West, since the great revolutions, from the English in the 17th century, the American and French of the
end of the 18th century, elites and then all the people have gradually experimented with a liberal democracy whose principles are
indisputably different from those of tribal democracy.
Compare:
Glassman, Ronald M. (19 June 2017). "The Emergence of Democracy in Bands and Tribes".
.
1
. Cham, Switzerland: Springer (diterbitkan 2017). m/s. 4.
. Dicapai
pada
27 June
2021
.
^
Abbott, Frank Frost (1963) [1901].
A History and Descriptions of Roman Political Institutions
(ed. 3). New York: Noble Offset
Printers Inc. m/s. 157–165.
Lintott, Andrew (2003).
The Constitution of the Roman Republic
. Oxford: Oxford University Press. m/s. 3.
.
.
Gruen, Erich S. (2000). "Review of The Crowd in Rome in the Late Republic".
Classical Philology
.
95
(2): 236–240.
:
.
.
^
Rushkoff, Douglas (2004).
. Project Gutenburg: Project Gutenberg Self-Publishing.
Henderson, J. (1996)
Comic Hero versus Political Elite
pp. 307–19 in
Sommerstein, A.H.; S. Halliwell; J. Henderson; B.
Zimmerman, penyunting (1993).
Tragedy, Comedy and the Polis
. Bari: Levante Editori.
.
.
.
^
Vincent Golay and Mix et Remix,
Swiss political institutions
, Éditions loisirs et pédagogie, 2008.
.
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Golay" digunakan secara berulang dengan kandungan
yang berbeza
^
.
ch.ch – A service of the Confederation, cantons and communes
. Berne, Switzerland: Swiss Confederation.
Diarkibkan daripada
pada 2017-01-10
. Dicapai pada
2017-01-09
.
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama
"refdum" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
Julia Slater (28 June 2013).
. Berne, Switzerland: swissinfo.ch – the
international service of the Swiss Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada
pada 2017-07-13
. Dicapai pada
2015-07-27
.
Duc-Quang Nguyen (17 June 2015).
. Berne, Switzerland: swissinfo.ch – the
international service of the Swiss Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada
pada 21 September 2015
. Dicapai pada
2015-07-27
.
Trechsel (2005)
Bryan, Frank M. (15 March 2010).
. University of Chicago Press.
. Dicapai pada
27 April
2017
– melalui Google Books.
. Retrieved 2007-09-07.
, halaman 97
, National Conference of State Legislatures (March 8, 2016).
, Ballotpedia
^
^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Ross 2011 loc= Chapter 3" digunakan secara
berulang dengan kandungan yang berbeza
Even Susan Strokes in her critical essay
Pathologies of Deliberation
concedes that a majority of academics in the field agree
with this view.
Jarinovska, Kristine (2013).
(PDF)
.
Juridica
International
.
20
: 152. Diarkibkan daripada
(PDF)
pada 2014-07-18.
Fishkin suggests they may even have been directly mobilized by interest groups or be largely composed of people who have
fallen for political propaganda and so have inflamed and distorted opinions.
Burgh, Gilbert (2006).
. Cengage Learning Australia.
m/s. 98.
.
Pautan luar
[
]
di
:
Laman ini kali terakhir disunting pada 09:04, 17 Jun 2023.
Teks disediakan di bawah
; terma tambahan mungkin diguna pakai. Lihat
untuk
butiran lanjut.